SEMINAR / KEM 2013




















Program Best Student (PBS) adalah sebuah program yang dirangka khas bertujuan melahirkan pelajar cemerlang berkonsepkan  3A (Akidah, Akhlak, Akademik).

Program ini telah dibangunkan oleh Y.Bhg Ustaz Sulaiman Bin Ismail. Beliau adalah pakar motivasi &kemahiran belajar yang tidak asing di Malaysia. Beliau terlibat secara langsung dalam membangunkan modul-modul kemahiran belajar yang turut dibantu oleh pelbagai agensi dalam dan luar Negara.

Program ini bermula pada tahun 2009 secara tidak rasmi di Negeri Melaka. Sekolah Kebangsaan Pernu, adalah sekolah pertama yang menyertai program ini dengan peningkatan pencapaian seramai 15 orang yang mendapat 5A pada tahun tersebut.

Keberkesanan program ini mendapat perhatian sekolah-sekolah sekitar Negeri Melaka. Pada tahun 2010, antara sekolah yang terlibat dalam modul ini adalah Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah ( peningkatan dalam pencapaian PMR ), Sekolah Kebangsaan Tengkera 2 (peningkatan pencapaian UPSR 12 orang), SMK Ayer Keroh (PMR), SK Tanjung Minyak (UPSR 25 orang).

Enam (6) Modul yang diaplikasikan dalam PBS adalah:

1. Teknik Belajar Kaedah Al-Quran
2. Teknik Belajar Kaedah Muhammad
3. Teknik Belajar “Ezee Study”
4. Teknik Belajar “Creative Study”
5. Mentor – Motivasi ( M2 ).
6. Teknik “ S.A.T.U

Modul-modul tersebut adalah digunakan dalam Program Best Student. Untuk menambahkan lagi keberkesanan PBS, Alat Ujian Psikologi atau lebih dikenali 'Inventori' digunakan bertujuan mengesan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar.

Antara inventori yang digunakan adalah 'Mooney Program Checklist'(senarai semak masalah) 1950 oleh Ross L. Mooney. Alat ujian tersebut digunapakai semula dan telah diubah mengikut kesesuaian yang diluluskan oleh panel penyelidik kajian psikologi ketika Ustaz Sulaiman Ismail membuat Thesis terhadap pelajar UTeM Melaka dalam penyelidikannya pada tahun 2008.

Program Best Student (PBS) terdiri daripada 6 program utama:

1. Motivasi ( tip- tip membina dan tingkatkan motivasi belajar)
2. Teknik Belajar ( tip-tip belajar berkesan dan berkualiti tinggi)
3. Ibubapa ( tip-tip tingkatkan motivasi anak untuk belajar )
4. Guru ( tip-tip pengaruhi minat pelajar kepada proses belajar)
5. Pecutan Akhir ( tip-tip menghadapi peperiksaan )
6. Follow up ( rekod / pemantauan prestasi pelajar )

dan 4 program penyokong:
1. Bacaan Yassin, & Solat Hajat
2. Sahsiah  
3. Mohon Restu
4. Hari Graduasi

PROGRAM BEST STUDENT ( PBS ) TAHUN 2011


Walaupun pelbagai rintangan, ragam & halangan yang dihadapi pada tahun sebelumnya, pada tahun 2011 PBS meneruskan agenda dalam memperkasakan lagi kecemerlangan pelajar.

Antara sekolah yang terlibat pada tahun 2011 adalah  :

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang
Peningkatan 5A UPSR
(19 orang 2010 kepada 40 orang 2011)

Sekolah Kebangsaan Datuk Hj. Baginda
Peningkatan 5A UPSR
( 6 orang 2010 kepada 11 orang 2011),

Sekolah Kebangsaan Malim
Peningkatan 5A UPSR
(15 orang 2010 kepada 19 orang 2011),

Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak
Peningkatan 5A UPSR
(25 orang 2010 kepada 35 orang 2011).


PROGRAM BEST STUDENT ( PBS ) TAHUN 2012

 Pada tahun 2012  PBS meneruskan agendanya dalam memperkasakan lagi kecemerlangan pelajar. Program Best Student 2012 disokong oleh Program Creative Study (PCS) bagi menjana kualiti kecemerlangan dengan lebih berkesan.

Terdapat 10 sekolah yang terlibat:

Sekolah Kebangsaan Ayer Baruk
Peningkatan 5A UPSR
(17 orang 2011 kepada 26 orang 2012),

Sekolah Kebangsaan Jasin
Peningkatan 5A UPSR
( 8 orang 2011 kepada 13 orang 2012).

Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1
Peningkatan 5A UPSR
( 6 orang 2011 kepada 8 orang 2012).

Sekolah Kebangsaan Kemendor
Peningkatan 5A UPSR
( 5 orang 2011 kepada 10 orang 2012).

Sekolah Kebangsaan Pernu
Peningkatan 5A UPSR
( 4 orang 2011 kepada 11 orang 2012)

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai  
Peningkatan 5A UPSR
( 11 orang 2011 kepada 33 orang 2012)

Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak
Peratus (%) Lulus Meningkat
( 2 orang 2011 kepada 2 orang 2012).

Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2
Peratus (%) Lulus Meningkat
( 25 orang 2011 kepada 24 orang 2012).

Sekolah Kebangsaan Datuk Hj. Baginda
Peratus (%) Lulus Meningkat
( 11 orang 2011 kepada 8 orang 2012),

Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh
Peratus (%) Lulus Meningkat
 ( 27 orang 2011 kepada 23 orang 2012)

Terbuka kepada sekolah-sekolah Negeri Melaka dan program ini dijalankan selama setahun.

PERMOHONAN 2013  DIBUKA SEKARANG 

















No comments:

Post a Comment