PROFIL SYARIKAT


SIJIL TAULIAH  PENDAFTARAN SYARIKAT DI BAWAH AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

DUA BENTUK TIGA WARNA

DUA BENTUK :
1: Bentuk Bulatan : Menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited dengan menitikberatkan semangat bekerjasama dan berpasukan dalam membangunkan modal insan melalui program-program latihan dan motivasi.
2: Bentuk Bumi : Menggambarkan semangat perjuangan dalam usaha memotivasikan  diri dan orang lain meliputi seluruh dunia.
TIGA WARNA :
1:  Oren :
Melambangkan “SEMANGAT dan KOMITED dalam tugas dan kehidupan.
2: Biru :
Melambangkan  KEJUJURAN ketika melaksanakan tugas.
3: Hitam :
Melambangkan KEBERANIAN membina dan merebut peluang yang ada.


SEJARAH 

DARUL HIJRAH MANAGEMENT (DHM) adalah sebuah syarikat yang didaftarkan  di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Perak dengan nombor pendaftarannya adalah MA0164976-A .

DHM ini diketuai oleh seorang Pengarah Urusan nya yang memiliki pengalaman dan daya kreativiti yang tersendiri dalam bidang keagamaan dan motivasi iaitu Ustaz Sulaiman Bin Ismail.


Apakah Darul Hijrah Management ? 
Perkataan Darul diambil dari perkataan bahasa arab iaitu أَدَارَ  yang bermaksud mengurus atau mentadbir. Perkataan Darul  juga ambil dariperkataan  إِدَارَاتٌ  iaitu pejabat atau pentadbiran. Oleh itu perkataan “darul” diambil membawa maksud sebuah pusat pengurusan yang menguruskan motivasi secara sistematik.

Perkataan Hijrah juga diambil dari perkataan bahasa arab iaitu هِجْرَةٌ  yang membawa erti perpindahan menuju ke arah yang lebih baik, dalam segala hal bagi mencapai kemenangan dunia dan akhirat.

Perkataan  Management adalah dipetik dari perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud pengurusan. Perkataan ini menjadi satu petunjuk aras bagi mewujudkan satu sistem pengurusan yang berdaya saing mengikut arus perkembangan dunia semasa. 

DARUL HIJRAH MANAGEMENT (DHM)
Membawa makna :
“ Sebuah pusat perunding latihan dan motivasi Islam yang bersistematik ke arah mencapai cemerlang dunia dan akhirat serta mampu  bersaing  selaras dengan arus perkembangan dunia semasa.”




No comments:

Post a Comment